Senin, 27 September 2010

Sufi Takfiri - Manhaj Jiplak dan Cela

Bismillah wal-hamdulillah wa-salatu wa-salam 'ala Rasulillah, amma ba'd.

Di dalam artikel sebelumnya, telah pun kami menerangkan metodologi kajian golongan sufi yang tidak mempunyai nilai ilmiah, malah hanya manhaj ciplak dan cela semata-mata.

Berikut akan kami paparkan dengan bukti-bukti yang nyata manhaj ciplak dan cela di dalam nota yang disebarkan di seminar MHDS yang sebenarnya bersumber dari lelaman golongan sufi takfiri yang kian tersebar di rantau ini.


Manhaj Ciplak dan Cela

Tuduhan kami terhadap sebahagian tokoh sufi Singapura sebagai golongan yang cenderung kepada manhaj "ciplak dan cela" telah pun terbukti di dalam beberapa hal. Tanpa sifat berhati-hati, tekun dan ikhlas dalam membuat kajian, mereka secara sengaja ataupun tidak, telah mencela sebahagian tokoh lain, para ulama, malahan para sahabat radhiyallahu 'anhum. Sila rujuk: FIQ004: Polemik Ziarah Kubur - Muqaddimah dan ADAB001: Mengkaji, Jangan Mengkeji.

Di dalam suasana masyarakat Islam Singapura sedang dididik supaya tekun menuntut ilmu, mengkaji dan menilai, amat dikesali kewujudan segelintir tokoh sufi yang mengajak kepada manhaj ciplak dan cela, lalu menghina, menyesatkan dan mengkafirkan sebahagian ulama'.















Di dalam senarai yang disebarkan di seminar MHDS yang mengandungi 72 poin "penyelewengan Wahabi", pada poin pertama sahaja telah mereka melontarkan hukum "kafir" kepada golongan yang beriktikad "Allah bersemayam di atas Arasy".

Tetapi, dari manakah sumber nota tersebut? Apakah ia suatu senarai yang dihimpunkan di atas kajian yang tekun dan ikhlas?








Pada hakikatnya, terdapat senarai yang hampir sama di dalam bahasa Arab di lelaman alsunna.org, yakni lelaman golongan sufi takfiri yang digelar sebagai al-Ahbash.








Lelaman tersebut memuatkan biografi sheikh mereka, yakni `Abdullah Al-Harari Al-Habashi, sebagaimana dipaparkan di atas.








Malah, nota versi Melayu yang disebarkan di forum MHDS boleh didapati di sebuah lagi lelaman sufi takfiri al-Ahbash di darulfatwa.org.au.

Maka, kesimpulannya, nota "kajian" itu hanyalah lagi satu bukti manhaj ciplak dan cela sebahagian golongan sufi di Singapura.


Golongan Sufi Takfiri al-Ahbash

Nama al-Ahbash ini mula masyhur di media massa apabila dihubungkait dengan pembunuhan Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri. Pada tahun 2005, tiga ahli al-Ahbash telah ditangkap atas dakwaan bersubahat dengan pembunuhan tersebut.

Dar al Iftaa, badan fatwa resmi di Beirut, Lubnan, telah mengeluarkan kenyataan bahawa - "Abdullah al Harari adalah seorang yang keras terhadap pihak-pihak yang tidak bersependapat dengannya, termasuk ulama sebelumnya seperti Sheikhul Islam Ibn Taymiyya and Sheikh Mohammad bin Abdul Wahab. Beliau digelar Sheikhul Fitnah."

Dar al Iftaa telah mengkategorikan golongan sufi takfiri al-Ahbash sebagai golongan Khawarij yang melampau dalam mentakfir. (Rujuk: "Who Are Al Ahbash?" By Daoud Ibrahim, Asharq Al-Awsat)

Selain daripada mengkafirkan para ulama silam seperti Sheikhul Islam Ibn Taymiyya, Imam Ibn Qayyim and Sheikh Mohammad bin Abdul Wahab, gologan sufi takfiri al-Ahbash juga telah mengkafirkan ramai tokoh kontemporari seperti Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Ramadan al-Buti.

Golongan sufi takfiri al-Ahbash ini telah difatwakan sesat oleh begitu ramai badan Islam dan para ulama' seperti Dr. Wahbah al-Zuhailiy, Lembaga Fatwa Arab Saudi, Lembaga Fatwa Mesir, Majlis Fuqaha Syariah Amerika dan Universiti al-Azhar.

Maka, apakah yang ingin dipromosikan oleh MHDS dengan mengedepankan nota kajian yang bersumber dari golongan sufi takfiri al-Ahbash? Di suasana harmoni Singapura, kita khuatir taktik hina kafir-mengkafirkan berleluasa apabila terdapat golongan sufi yang sudah ketandusan dalil dan hujah.

Ataupun, mungkinkah benar andaian sebahagian pihak bahawa usaha menunjukkan secara adil dan jelas penyelewengan, kesesatan dan fitnah yang disebarkan hanya sia-sia sahaja kerana terdapat tokoh-tokoh agama di Singapura yang telah sampai ke maqam "untouchable"?

Semoga Allah melindungi kami daripada ditimpa fitnah mereka dan semoga mereka diberi taufiq dan hidayahNya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar